BIDANG TUGAS GURU KANAN  TEKNIK DAN VOKASIONAL

  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum dan pentaadbiran yang berkaitan  dengan bidangnya. 
  • Bertanggungjawab kepada pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang 
  • berkaitan dengan bidangnya. 
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. 
  • Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. 
  • Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya. 
  • Membantu pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya, sseperti pemeriksaan sekolah oleh jemaah Nazir Persekutuan, latihan mengajar  guru-guru pelatih maktab, universiti dan seumpamanya. 
  • Membantu Pengetua dalam pengurusan dan pengendalian stok, inventori dan harta benda  sekolah


SENARAI TUGAS GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL 

  • Mengajar mata pelajaran mengikut opsyen. 
  • Memimpin guru-guru menentu dan merancang Rancangan Pelajajaran Penggal, Mingguan, Harian dan bidang-bidang lain yang berkaitan. 
  • Mempengerusikan mesyuarat dan memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah  kawalannya. 
  • Menjalankan pemantauan dan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 
  • Menentukan  bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan. 
  • Membantu serta membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-guru yang baru dan guru-guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas-tugas mereka. 
  •  Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan  sewajarnya. 
  • Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan pemulihan dan pengayaan. 
  • Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, pejabat pendidikan daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 
  • Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan  bahan-bahan sumber pendidikan yang lain. 
  • Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang  diarahkan oleh Pengetua. 
  •  Membantu Menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks  perkembangan staf. 
  • Menjalankan usaha mempertingkat dan memperluaskan amalan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang merentas kurikulum. 
  • Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan  pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru-guru. 
  • Mengenalpasti punca masalah kelemahan pelajar dan masalah disiplin serta mencari  langkah-langkah mengatasinya. 
  • Merancang., menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik  yang membantu meningkatkan kecemerlangan akademik berkaitan dengan bidang. 
  •  Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang berkaitan dengan bidang. 
  •  Membantu Pengetua menentu serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalan. 
  • Membantu menyelaras hal-hal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-guru. 
  • Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidang. 
  • Membantu merancang takwim sekolah. 
  • Membantu Pengetua menyelaras Jadual Waktu guru-guru bidang. 
  • Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalan. 
  • Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.
  • Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan. 
  • Menjaga serta menyemak stok inventori ssegala peralatan, barang atau bahan yang berkaitan dengan bidang. 
  • Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku dalam bilik darjah dan di sekolah. 
  • Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah, bengkel dan keceriaan. 
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. 


 [ Kembali Ke Halaman Utama ]

Hakcipta © 2006 Sekolah Menengah Teknik Gerik. Hakcipta Terpelihara