SENARAI TUGAS GURU
TINGKATAN
Pengurusan dan Organisasi
kelas
Membentuk organisasi kelas
yang terdir daripada Ketua Tingkatan. Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari,
AJK kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK kebersihan mengagihkan
pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap,
menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan
sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa kesemasa,
menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.
-
Menentukan perkara-perkara
yang berikut ada di dalam kelas:
(a)
Jadual waktu
(b)
Jadual Tugas
(c)
Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam
diiventorikan
(d)
Moto Kelas.
(e)
Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.
-
Menentukan kawal elektrik,
kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
-
Melaporkan perabot dan peralatan
elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursus
yang berkenaan.
-
Membimbing organisasi kelas
yang dilantik menjalankan tugas.
-
Mengadakan tabung kelas dengan
jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.
Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
(a)
Keceriaan kelas.
(b)
Kebajikan pelajar.
-
Jadual kedatangan dan kedatangan
pelajar.
-
Menandakan jadual kedatangan
harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku
daftar pelajar di pejabat.
-
Menentukan semua butir yang
dikehendaki ada di dalam kelas.
-
Memastikan data terkini pelajar
di dalam kelas.
-
Memastikan kelas mempunyai buku
rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan.
(a)
Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan.
(b)
Menjamin keselamatan buku tersebut.
-
Laporan pelajaran, sijil
berhenti dan surat akuan
-
Mengisikan markah dan membuat
laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar
bagi setiap semester/penggal.
-
Menyampaikan slip kemajuan pelajar
kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan.
-
Masalah pembelajaran, kesihatan
diri dan disiplin.
-
Memberikan galakan, motivasi
dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik
-
Mengalakkan pertandingan yang
berbentuk akademik. Dan memberikan hadiah ( jika perlu)
-
Sentiasa prihatin terhadap semua
masalah pelajar.
-
Melaporkan kepada kaunselor
jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.
-
Melaporkan kepada Guru Kesihatan
jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan
-
Melaporkan kepada Guru Disiplin
jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
-
Melaporkan kes ponteng mengikut
prosedur yang berikut
(a) mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang “ Melanggar Peraturan
Sekolah” yang
dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin.
(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
-
Buku teks, biasiswa dan bantuan
-
Memastikan skim pinjman
buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut
dibalut dan ditulis nama pelajar.
-
Mengemaskini fail SPBT dari
masa ke semasa.
-
Memulangkan buku teks pada tarikh
yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku
teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT
-
Mengenalpasti pelajar yang layak
menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
-
Melaporkan kepada Guru Biasiswa
sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat
biasiswa.
-
Kutipan Yuran dan Derma
-
Mengutip yuran sekolah pada
awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
-
Mengutip derma PIBG
-
Mengutup wang peperiksaan bagi
kelas-kelas peperiksaan.
-
Mengeluarkan resit kepada pelajar
bagi pembayaran yang dibuat.
-
Menyerahkan wang kutipan yuran
sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir
pada hari yang sama.
-
Menyerahkan wang kutipan derma
PIBG kepada Bendahari PIBG .
-
Pendaftaran Pelajar Baru
-
Menerima kemasukkan pelajar
baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran
pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan
HEM.
-
Menentukan penerimaan borang
SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar
ini mendapat buku teks.
-
Menyemak jika pelajar ini menerima
sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
-
Menentukan rumah sukan.
-
Mengambil butir-butir diri yang
diperlukan.
-
Murid Keluar
-
Menentukan hal-hal peperiksaan
telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5.
-
Menentukan kelulusan untuk bertukar
telah diterima.
-
Menentukan buku teks telah dipulangkan.
-
Menentukan penerimaan
biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
-
Pendaftaran sukan, persatuan
dan lain-lain.
-
Menentukan setiap pelajar menyertai
aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan,
kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.
-
Menggalakkan pelajar bergiat
cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|