BIDANG TUGAS PENOLONG
KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
-
Menjalankan tugas Pengetua
semasa ketiadaannya.
-
Mengajar sebilangan waktu mengikut
arahan Pengetua.
-
Bertanggungjawab kepada Pengetua
dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
-
Membantu Pengetua menyelia dan
menilai proses pengajaran.
-
Membantu Pengetua dalam
semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN
1 ( PENTADBIRAN)
Kurikulum
-
Menentukan rancangan pelajaran
harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
-
Memastikan perjalanan panitia
mata pelajaran.
-
Membantu penyediaan peralatan
teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
-
Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan
bahan-bahan sumber pendidikan.
-
Membantu serta membimbing dalam
latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran
tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
-
Mengkaji segala jenis laporan
yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
-
Menyelaraskan segala jenis program
kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri
dan Kementerian Pendidikan.
-
Membantu memilih buku teks,
bahan pusat sumber dan buku bacaan.
-
Menyusun jadual waktu kelas
dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.
Pengurusan
-
Membantu beban tugas guru dan
staf sokongan sekolah
-
Membantu menyelaraskan hal ehwal
peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan.
-
Membantu menyelenggara dan menyelaras
kutipan data/ maklumat.
-
Membantu merancang takwim sekolah.
-
Membantu menyelia kerja-kerja
guru dan staf sokongan.
-
Menyelaras penyediaan penyata
kewangan untuk urusan odit tahunan.
-
Menyelaras semua jenis kutipan
yuran
-
Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib
Sekolah.
-
Menjadi penandatangani
kedua cek sekolah.
-
Menjaga dan menyemak stok/ iventori
peralatan sekolah.
Pembangunan Diri Pelajar
-
Membantu merancang dan menyelia
program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah.
-
Merancang langkah-langkah keselamatan
pelajar.
-
Mengadakan kursus kemahiran
pelajar.
Pembangunan
Organisasi.
-
Mewujudkan hubungan dua hala
di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
-
Mengadakan kursus/latihan personal.
Pembangunan Kendiri.
-
Mempertingkatkan budaya membaca
dan budaya ilmu.
-
Menghadiri kursus, seminar dan
bengkel.
-
Menjalankan kajian bagi kecemerlangan
pengurusan sekolah.
-
Melibatkan diri secara aktif
dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|