|
SENARAI TUGAS KAUNSELOR
-
Menyedia rancangan tahunan program
dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
-
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik,
temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan
sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
-
Merancang, mengawalselia dan
mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
-
Mengumpul, menyelia, menyebar
maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang
media yang sesuai.
-
Mengelola dan melaksanakan
aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjukajar (instructional)
yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
-
Merancang, melaksana dan mengawalselia
perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
-
Merancang, melaksana, mengawalselia
aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
-
Merancang, melaksana, mengawalselia
serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran
pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
-
Merancang, melaksana, mengawalselia
dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan,
rokok dan alkohol.
-
Merancang, melaksana, mengawalselia
dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar
kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi
dalam dan luar negara.
-
Merancang, melaksana, mengawalselia
dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung
Bimbingan dan KAunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
-
Merancang, melaksanakan,
mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,
guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
-
Membuat penilaian aktiviti,
modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan
mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
-
Merancang, menyelaras dan menilai
sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
-
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa
Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan KAunseling.
-
Menjadi penggerak utama dalam
program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
-
Memberi khidmat kaunseling
krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
-
Menjadi personel perhubungan/seranta
sekoalh dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
-
Menjadi ahli jawatankuasa
ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
-
Menjadi ahli jawatankuasa
dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga/Badan
Pengawas Sekolah.
-
Menjadi penyelaras dalam
program mento-mentee sekolah.
-
Menjadi Penyelaras dalam
program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya
diri dan kursus ketatanegaraan.
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|
|