GURU KETUA PANITIA MATA
PELAJARAN
Senarai tugas
-
Menentukan dan bertanggungjawab
menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.
-
Bertanggungjawab mrnyediakan
rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan.
-
Mempengerusikan mesyuarat panitia
dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran .
-
Memastikan salinan minit-minit
mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD.
-
Bertanggungjawab menyenaraikan
pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk keperluan AJK jadual
waktu.
-
Menentukan anggaran perbelanjaan
tahunan bagi panitianya.
-
Membantu dalam membuat pemilihan
jenis-jenis buku dan bahan–bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah.
-
Menentukan penggunaan alat bantu
mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini.
-
Penyelaras menyediakan soalan
–soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan.
-
Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan
dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak.
-
Menganalisis keputusan peperiksaan
/ ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi
tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap
yang dikehendaki.
-
Bertanggungjawab menyediakan
bank-bank soalan.
-
Membantu dan melaksanakan program
kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak sekolah.
-
Membantu dalam melaksanakan
PPJ akademik untuk PMR dan SPM.
-
Mengadakan tindak balas kepada
setiap perubahan yang diperlukan.
-
Membantu dan sentiasa memberi
kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan.
-
Bertanggungjawab menyediakan
pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD,JPN,Kementerian Pendidikan
dan lain-lain.
-
Membantu dan bekerjasama menyelaras
aktiviti-aktiviti persatuan akademik .
-
Membantu menyediakan data-data/maklumat
mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.
-
Menyimpan salinan jadual waktu
persendirian guru bagi mata pelajarannya.
-
Membantu guru kanan mata pelajaran
membuat pemantauan P&P.
-
Bertanggungjawab meningkatkan
mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan
luar seperti PMR dan SPM.
-
Bertanggungjawab mengemaskinikan
buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik.
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|