|
BIDANG TUGAS GURU KANAN
-
Bertanggungjawab dalam hal kurikulum
dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
-
Bertanggungjawab kepada Pengetua
dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya
terutama persatuan akademik.
-
Membantu Pengetua menyelia dan
menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan
bidangnya.
-
Mengadakan program untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
-
Membantu Pengetua dalam semua
aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
-
Membantu Pengetua menyelaras
dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,dengan pihak luar seperti
pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru
pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya.
-
Mengajar sekurang-kurangnya
18 waktu seminggu.
SENARAI TUGAS GURU
KANAN
Kurikulum
-
Memimpin guru menentukan dan
merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan lain-lain yang berkaitan
dengan bidangnya.
-
Mempengerusikan mensyuarat atau
memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
-
Menjalankan penyeliaan ke atas
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
-
Membimbing guru terlatih , guru
yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
-
Menentukan bahan dan sumber
pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.
-
Mengkaji segala jenis laporan
yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya
-
Menyelaras pengurusan dan perjalanan
aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan, dan pengkayaan.
-
Membantu dalam perancangan program
dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah , Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
-
Membantu dalam pemilihan buku
Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan
lain.
-
Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum
sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua.
-
Membantu menjalankan kursua
, taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan
staf.
-
Memperoleh dan menyebar maklumat
terbaru mengenaai pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada guru.
-
Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan
dan memperluaskan amalan –amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu merentas kurikulum.
-
Mengenalpasti masalah kelemahan
pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya.
Kokurikulum
-
Merancang , menyelaras dan melaksanakan
segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu
meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
-
Merancang , mengawal dan menyelaras
segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.
Pengurusan
-
Membantu menentukan serta menagihkan
tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
-
Membantu menyelaras hal ehwal
peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru.
-
Membantu menyelenggara dan menyelaras
kutipan data maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan
bidangnya.
-
Membantu merancang takwim sekolah
.
-
Menyelia kerja –kerja guru di
bawah bidang kawalannya.
-
Menyediakan anggaran belanjawan
tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.
-
Membantu menyelaras penyediaan
Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
-
Menjaga dan menyemak stok dan
inventori segala peralatan , barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
-
Menentukan aspek –aspek menyampaian
nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah dan sekolah.
-
Menentukan pelajar dilatih melaksanakan
tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya.
-
Menyelia kerja-kerja kursus
pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah
Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.
Tugas –tugas lain
-
Berhubung dengan PKG , Pejabat
Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri tentang apa jua maklumat
dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
-
Berhubung dengan guru kanan
mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat
dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.
-
Melengkapkan bilik pergerakan
sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua pelajaran dan menggunakannya
dengan berkesan dan berhasil .
-
Membantu merancang dan menyelia
program keceriaan dan kebersihan sekolah.
-
Membantu Pengetua menyelia dalam
hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan ,penyediaan jadual waktu sekolah dan
urusan Pusat Sumber.
-
Melaksana segala arahan dan
tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|
|