SENARAI TUGAS GURU MATA
PELAJARAN
-
Mempunyai sebuah Buku Rekod
Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang
ditetapkan setiap minggu.
-
Memiliki, memahami dan boleh
mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
-
Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling
dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran
-
yang diajar serta menentukan
dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan,
kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap
tingkatan.
-
Menyediakan Rancangan Pelajaran
bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/
seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran
yang disediakan.
-
Menyedia dan memberikan kerja-kerja
latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan
semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada
pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.
-
Menjalankan ujian Bulanan dan
Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan dan keputusan
ujian dalam buku rekod mengajar.
-
Mengesan kelemahan pelajar dan
menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.
-
Menjadi ahli dalam Panitia Mata
Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan
mesyuarat panitia.
-
Guru mata pelajaran harus menyedari
dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
/ Jabatan Pendidikan dan PPD.
-
Memastikan keselamatan pelajar
di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian serta mengawasi
penggunaan peralatan.
-
Menghadiri mesyuarat / taklimat
mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan
oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan
semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
-
Sentiasa mengikuti perkembangan
dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan
bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
-
Melaporkan kepada Guru Kanan
Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk
tindakan selanjutnya.
-
Menjaga keselamatan dan kebersihan
alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat
bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan
alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
-
Mengadakan sudut-sudut mata
pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
Membantu menguruskan
Bank Soalan.
-
Memiliki, memahami dan boleh
mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata
pelajaran berkenaan.
-
Memahami dan mematuhi pekeliling
–pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang
diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu
dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai
di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
-
Mempunyai sebuah buku rekod
mengajar yang kemaskini dan menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani
pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu.
-
Menyediakan rancang pelajaran
bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal
/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran
yang ditetapkan.
-
Menyedia dan memberi latihan
yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat
mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada Pengetua /PKP untuk disemak
pada masa yang dikehendaki.
-
Membina soalan ujian atau peperiksaan
mengikut JPN .
-
Menjalankan ujian bulanan dan
penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.Merekod soalan-soalan ujian
dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar.
-
Mengesan kelemahan pelajar dan
mengadakan aktiviti pemulihan .
-
Menjadi ahli dalam panitia mata
pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat
panitia.
-
Memastikan buku –buku panduan
yang digunakan adalah yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan /Jabatan
Pendidikan /PPD.
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|