Sekolah Menengah Teknik Gerik (SEMETRIK) merupakan  satu projek dalam  Rancangan 
Malaysia Keenam (1995-1999), dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam program Pendidikan Teknik dan Vokasional 

Sekolah ini mula dibina pada 1hb November 1997 dan siap pada 25hb November 1999. SEMETRIK telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia. 

SEMETRIK terletak 4 km dari Bandar Gerik dengan keluasan 20.32 hektar. Terdapat satu blok pentadbiran dan tiga blok akademik. Disamping itu, terdapat juga kemudaan asas yang lain , seperti dewan besar, kantin , surau yang boleh memuatkan 800 pelajar, tujuh blok asrama ( tiga blok asrama perempaun dan emapt blok asrama lelaki) dan dewan makan asrama. 

Selain itu terdapat juga kemudahan lain seperti padang bola, gelanggang takraw, gelanggang bola jaring dan gelanggang badminton. Sekolah ini menawarkan tiga krusus iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik , dan  Pengajian Kejuruteraan Makanikal kepada 229 pelajar sesi ini. 

Pengetua pertama sekolah ini ialah En.Mohd Sopian b. Bahauddin manakal Penolong Kanan Pentadbiran En.Yahya b. Abd Rahman, dibantu oleh dua belas guru dan  sembilan orang pekerja sokongan yang merupakan kakitangan perintis sekolah ini. Kini kakitangan sekolah ini tyelah bertamnah dan kesemuanya seramai 31 orang
 
 

 [ Kembali Ke Halaman Utama ]
 
 
Hakcipta © 2008 Sekolah Menengah Teknik Gerik. Hakcipta Terpelihara