|
Kami warga Sekolah
Menengah Teknik Gerik
Dengan penuh tekad
dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan
Seluruh tenaga dan
usaha kami untuk :
-
Memastikan semua proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan sempurna pada setiap waktu persekolahan.
-
Memberi peluang yang maksimum
kepada pelajar-pelajar memperkembangkan potensi yang ada pada diri mereka
bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
-
Berusaha meningkatkan kualiti
prestasi akademik dan kokurikulum dari masa ke semasa sesuai dengan keperluan
Negara.
-
Mencipta dan menjamin suasana
iklim dan persekitaran sekolah yang bersih ceria dan selamat.
-
Memberi layanan dan perkhidmatan
yang mesra, cepat dan cekap kepada kehendak dan keperluan pelajar, ibubapa,
masyarakat, Jabatan dan Kementerian.
-
Sentiasa bersedia dan sanggup
menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran membina daripada semua pihak.
-
Membina dan melahirkan insan
yang mulia melalui penerapan dan penghayatan amalan nilai-nilai murni berdasarkan
kepada kepercayaan kepada Tuhan.
-
Menyediakan persekitaran pembelajaran
yang kondusif bagi semua pelajar.
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|
|