ARAHAN AM
-
Selaku pegawai kerajaan guru
adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am kerajaan.
Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah
Am tersebut
-
Guru hendaklah menghayati tatasusila
profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai
satu perkerjaan semata – mata.
-
Semua guru dan staf sokongan
hendaklah mengamalkan dan menghayatai prinsip – prinsip Perkhidmatan Cemerlang
-
Semua guru hendaklah menjalankan
tugas sebagai satu pasukan- TEAM (Together Everyone Achieve More)
KEDATANGAN
-
Guru dikehendaki berada didalam
kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula dan merakam
kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
-
Guru yang bertugas mingguan
dikehendaki berada di kawasan sekolah 30 minit sebelum waktu persekolahan
bermula.
-
Guru yang tidak hadir atau terpaksa
datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan dan sebab – sebab
yang wajar. Guru juga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan
kadar segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
-
Waktu persekolahan
|
Hari
|
Masa
|
| Isnin |
7.30 pagi -2.30 petang |
| Selasa |
7.30 pagi – 2.30 petang |
| Rabu |
7.30 pagi -2.30 petang |
| Khamis |
7.30 pagi – 2.30 petang |
| Jumaat |
7.30 pagi – 12.30 tgh |
-
Semua urusan peribadi guru hendaklah
dibuat diluar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan
Rujukan
Surat Perkeliling Ikhtisas Bil
2/81 bertarikh 12 September 1981
KELUAR KAWASAN
SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN
-
Guru dan staf tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan kecuali jika
terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan
Pendidikan/PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Pengetua/Penolong
Kanan
-
Guru dan staf dikehendaki mengisi
buku keluar kawasan sekolah di pejabat sekolah dan dapatkan tandatangan
Pengetua/Penolong Kanan sebelum keluar. Sila isikan waktu balik dari urusan
selepas balik.
-
Semua guru hendaklah meninggalkan
kerja bertulis kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah
-
Pengetua tidak bertanggungjawab
di atas apa-apa kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana guru yang keluar
tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
PAKAIAN
-
Guru hendaklah berpakaian kemas,
sesuai dengan profesion keguruan
-
Guru lelaki hendaklah bertali
leher dan berbaju kemeja
-
Baju berlengan panjang tidak
dibenarkan dilipat.
-
Berpakaian Kemas diluar waktu
persekolahan
-
Guru perempuan tidak dibenarkan
berbaju tanpa lengan.
-
Kasut sukan hanya dibenarkan
untuk tujuan Pendidikan Jasmani atau aktiviti seumpamanya.
-
Kakitangan Sokongan dikehendaki
berpakaian kemas dan bagi kakitangan sokongan yang beruniform perlu memakai
pakaian yang telah dibekalkan.
Rujukan
Surat perkeliling Profesional
Kementerian Pelajaran Bil 13/69 bertarikh 26 Disember 1969 ( Peraturan
pakaian guru di dalam waktu persekolahan dan luar waktu persekolahan)
Surat Perkeliling Ikhtisas Bil
6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 ( Peraturan pakaian guru di sekolah)
Perkeliling perkhidmatan bil
2 tahun 1985
Surat Perkeliling Ikhtisas Bil
7/2001 bertarikh 7 Jun 2001 (Garis panduan pakaian guru ketika bertugas
disekolah)
BILIK GURU/BENGKEL
-
Kebersihan dan keselamatan bilik
guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah
keselamatan harta benda di dalam bilik guru/ bengkel.
-
Guru tidak dibenarkan merokok
di dalam kawasan sekolah.
-
Guru hendaklah berada di dalam
bilik guru/bengkel semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai ‘ non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh
itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru/ bengkel untuk
perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru
yang terakhir keluar dari bilik guru/ bengkel perlulah memastikan lampu,
kipas dan alat penghawa dingin dimatikan.
-
Guru yang berada di dalam bilik
guru/ bengkel hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang
sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
TUGAS
-
Guru akan diberikan tugas berbentuk
kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Laksanakan tugas yang
diberikan dengan cekap , dedikasi dan bertanggungjawab.
-
Apabila diarahkan untuk melaksanakan
sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN , atau
berkursus guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh
mengarah guru lain melaksanakan tanpa kebenaran pengetua. Jika tugas itu
terpaksa dijalankan oleh pihak atas persetujuan sesama, maka ia mesti sampai
kepengetahuan Pengetua.
Rujukan
-
Surat perkeliling Ikhtisas Bil
7/2001 Garis Panduan Guru bertugas di sekolah
BUKU REKOD MENGAJAR
-
Guru bertanggungjawab menjaga
keselamatan buku rekod mengajar kerana ianya merupakan SKT setiap
guru kecuali guru bimbingan dan kauseling
-
Semua butiran hendaklah diisikan
dengan kemas, teliti dan lengkap.
-
Buku rekod ini hendaklah diserahkan
ke Pejabat pada hari Jumaat atau hari akhir minggu berkenaan untuk tujuan
semakan dan tandatangan oleh pengetua/penolong kanan.
-
Jika seseorang guru bercuti,
buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan / Guru Kanan.
-
Buku Rekod mengajar hendaklah
diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
-
Laporan polis perlu dibuat bagi
guru yang kehilangan buku rekod mengajar.
PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN
-
Semua guru dikehendaki hadir
dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah
-
Guru tidak dapat hadir kerana
sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran
daripada pengetua.
MESYUARAT GURU/KAKITANGAN
SOKONGAN
-
Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat
yang dipanggil oleh Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan/ Ketua Panitia tertentu
pada bila – bila masa.
-
Guru tidak dapat hadir kerana
sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran
daripada Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan/Ketua Panitia.
-
Kakitangan sokongan diwajibkan
menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan
tertentu pada bila – bila masa.
-
Kakitangan sokongan tidak dapat
hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan
kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan
CUTI SAKIT
-
Sijil sakit yang dikeluarkan
oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut- turut hendaklah disahkan
oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
-
Cuti sakit yang dikeluarkan
oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun.
-
Bagi pegawai yang menerima rawatan
pesakit dalam di hospital swasta boleh menerima cuti sakit sehingga 180
hari tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan.
-
Guru/Kakitangan sokongan perlu
memaklumkan kepada Pengetua sekiranya mendapat cuti sakit.
Rujukan
-
Perintah Am Bab C
-
Perkeliling Perkhidmatan Bil
2/2006 Pindaan Peraturan Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan Cuti Sakit
PERHUBUNGAN SESAMA
GURU
-
Guru sewajarnya memupuk hubungan
peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa mengawal
tutur kata dan tingkahlaku mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan
perasaan kekitaan.
-
Guru tidak dibenarkan mempengaruhi
atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada
guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain.
-
Perhubungan yang berbentuk kumpulan
yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan
dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini.
Rujukan
Surat Perkeliling
Ikhtisas Bil 2/2003 Kearah Membudayakan Nilai Berterima Kasih bertarikh
30 April 2003
JADUAL WAKTU
-
Guru tingkatan hendaklah menyediakan
satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
-
Guru tidak dibenarkan mengubah
jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Pengetua.
-
Jadual waktu ganti hendaklah
disediakan oleh S/U Guru Ganti dan ditandatangani oleh Pengetua/Penolong
Kanan.
JADUAL KEDATANGAN
PELAJAR
-
Jadual kedatangan pelajar hendaklah
ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan
pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras
Tingkatan bertanggungjawab menandanya.
-
Buku ini hendaklah sentiasa
berada di pejabat Hal Ehwal Murid.
-
Pelajar yang tidak hadir selama
3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu bapa / penjaga hendaklah
dimaklumkan melalui telefon dan bertulis.
-
Analisis mesti dibuat pada setiap
akhir bulan dan akan disemak oleh guru penyelaras tingkatan.
-
Guru tidak dibenarkan membawa
keluar Buku Kedatangan Pelajar dari pejabat HEM tanpa kebenaran Pengetua.
-
Guru atau penyelaras tingkatan
sahaja yang boleh menanda kehadiran di dalam jadual kedatangan pelajar.
KUNCI
-
Semua kunci mesti di simpan
di pejabat pentadbiran sekolah.
-
Guru dan kakitangan sekolah
yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran bertulis dari Pengetua.
-
Sewaktu cuti penggal persekolahan
semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat pentadbiran sekolah.
TELEFON
-
Penggunaan telefon pejabat hanyalah
untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah direkodkan.
ARAHAN DAN PEKELILING
-
Setiap arahan dan pekeliling
yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi
serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan di dalam fail khas.
-
Sekiranya pekeliling itu daripada
Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru hendaklah mengembalikan dengan
segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
-
Semua guru dan kakitangan sekolah
hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi
disekolah / diluar sekolah.
BUKU STOK
/ INVENTORI
Guru Kanan atau
Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori
dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap
dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke
masa oleh Pengetua / Penolong Kanan.
MEMBELI BARANG
-
Guru/Kakitangan sekolah yang
hendak membeli barang mesti memohon kebenaran pengetua dengan menggunakan
borang pesanan kawalan dalaman berserta dengan sebut harga asal daripada
pembekal.
-
Borang pesanan kawalan dalaman
mesti diisi oleh pemohon dan mendapat sokongan daripada Penolong Kanan/
Guru Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
-
Semua pesanan mesti dibuat melalui
Borang Pesanan Tempatan.
-
Segala invois mesti ditandatangani
oleh guru / Penyelenggara Stor yang menerima dan direkodkan dalam buku
stok dengan kemas.
-
Pengetua tidak akan menanggung
segala kos pembelian tanpa kebenarannya.
KEGIATAN KOKURIKULUM
-
Guru yang ditugaskan menjadi
penasihat kegiatan Kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan cekap
dan berkesan.
-
Guru-guru berkenaan wajib hadir
mengikut jadual yang ditetapkan
-
Kegiatan Kokurikulum adalah
tugas rasmi.
Semua pelawat DIMESTIKAN
berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan
berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali
dengan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan.
KEBERSIHAN
-
Kebersihan kawasan sekolah adalah
tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.
-
Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan ditempat
yang selamat.
-
Guru Kanan / Ketua Panitia dan
guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel,
bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga
bilik tersebut.
KESELAMATAN HARTA
BENDA SEKOLAH
-
Semua guru dikehendaki memberi
kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.
Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan sengaja atau
tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
-
Guru Kanan / Ketua Panitia hendaklah
memastikan ada peraturan-peraturan. Mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik
tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain
-
Penggunaan alat-alat, bilik-bilik
dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan masa cuti hendaklah mendapat
kebenaran Pengetua dan direkodkan.
-
Penggunaan bilik-bilik tertentu
oleh pelajar selepas waktu sekolah, hujung minggu atau waktu
cuti hendaklah bersama guru.
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|
|