PENDAHULUAN
Sekolah Menengah Teknik Gerik
menawarkan jurusan/ kursus dalam aliran Pendidikan Teknikal.
OBJEKTIF
PENDIDIKAN TEKNIKAL
Memberi pendidikan asas dalam
bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan
terhadap bidang tersebut dan mengekalkan kecenderungan ini supaya membolehkan
mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT).
MATA PELAJARAN DALAM ALIRAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL
| Jurusan |
Mata
Pelajaran Yang Ditawarkan Kesesuaian |
Mata
Pelajaran Wajib
|
| Kejuruteraan
Mekanikal |
-
Fizik
-
Kimia
-
Matematik Tambahan
-
Lukisan Kejuruteraan
-
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
|
|
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
-
Pendidikan Islam/ Pengetahuan
Moral
-
Sejarah
-
Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
|
| Kejuruteraan
Awam |
-
Fizik
-
Kimia
-
Matematik Tambahan
-
Lukisan Kejuruteraan
-
Pengajian Kejuruteraan Awam
|
Lelaki dan Perempuan
|
| Kejuruteraan
Elektrik |
-
Fizik
-
Kimia
-
Matematik Tambahan
-
Lukisan Kejuruteraan
-
Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik
|
|
|
SINOPSIS KURSUS ALIRAN TEKNIKAL
Kejuruteraan Mekanikal
Memberi penumpuan kepada
pemahaman konsep, prinsip asas dan teori Kejuruteraan Mekanikal. Penekanan
kepada pengetahuan dan pemahaman tentang penggunaan Kejuruteraan Mekanikal
dalam alam sekitar. Antara komponen yang dipelajari ialah pengenalan kepada
Kejuruteraan Mekanikal, keselamatan, Metrologi, Amalan Bengkel, Bahan-Bahan
Mekanik, Sistem, Lukisan Terbantu Komputer dan Rekabentuk
Kejuruteraan Awam
Pelajar akan didedahkan
kepada pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam, kerjaya yang ada hubungkait
dengannya. Antara komponen utama yang akan dipelajari termasuk Proses Pembinaan,
Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan,
Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber
dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran.
Kejuruteraan Elektrik
Pendedahan kepada asas Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik secara umum meliputi aspek-aspek Pengenalan, Keselamatan,
Litar Arus Terus, Litar Arus Ulang Alik, Keelektromagnetan, Pengubah, Separuh
Pengalir, Diod, Transistor Dwikutub, Komponen Separuh Pengalir Lain, Elektronik
Berdigit, Perhubungan, Pengenalan kepada Komputer, Motor Elektrik dan Robotik.
KELAYAKAN MEMOHON
Pemohon hendaklah warganegara
Malaysia.
Pemohon Dari Sekolah
Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
-
Berada di Tingkatan 3 dan mengambil
Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2008
-
Dilahirkan dalam tahun 1992
atau selepasnya.
Pemohon Dari Sekolah Swasta.
-
Pemohonan dari sekolah swasta
untuk mendapat tawaran perlu mendapatkan kelulusan untuk belajar di Sekolah
Bantuan Penuh Kerajaan terlebih dahulu sebelum mendaftar di Sekolah Menengah
Teknik
Kelayakan Akademik
| Jurusan |
Pencapaian
Mata Pelajaran PMR Tahun 2007 |
| |
Syarat Utama
Semenanjung |
Syarat Tambahan
Semenanjung |
Kejuruteraan
Mekanikal
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik |
Mendapat pencapaian
minimum dalam semua mata pelajaran berikut:
a. Bahasa Melayu.........…………..B
b. Matematik
.......................… B
c. Sains ..................…………..…..B
d. Kemahiran
Hidup ..…………..…..C
|
Mendapat pencapaian
minimum Peringkat C dalam 1 (satu) mata pelajaran dan Peringkat D dalam
2 (dua) mata pelajaran lain. |
|
PEPERIKSAAN
Di akhir Tingkatan 5 pelajar-pelajar
akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
KESIHATAN PEMOHON
Adalah penting bagi pemohon
mempunyai kecenderungan dan minat terhadap jurusan yang dipilih. Di samping
itu calon mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Perkara-perkara
berikut perlu diambilkira
-
Saiz badan tidak terlalu kecil.
-
Pemohon bagi Jurusan Kejuruteraan
Elektrik tidak rabun warna.
-
Pemohon hendaklah bebas dari
sebarang penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan
(allergy), migraine, lelah (asthma), pekak, pitam, sawan (epilepsy), rabun
dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan merbahayakan pelajar terutama
untuk menjalankan kerja amali.
ASRAMA
Sekolah Teknik Gerik menawarkan
tempat penginapan bagi kesemua pelajarnya.
TAWARAN TEMPAT
Tawaran tempat ke sekolah
dan jurusan pilihan pertama pemohon adalah mengikut keutamaan pencapaian
Penilaian
Menengah Rendah (PMR) tahun 2008. Pemohon berkemungkinan ditawarkan
tempat di sekolah lain atau jurusan lain mengikut kesesuaian.
CONTOH PELUANG MELANJUT
PELAJARAN, BIDANG PEKERJAAN DAN KESESUAIAN PERSONALITI
1.10.1 Kejuruteraan Mekanikal
Kolej Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia menawarkan program Matrikulasi Sains Fizik, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), menawarkan program diperingkat Diploma dan Ijazah,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan program di peringkat
Matrikulasi Kejuruteraan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan
Malaysia (KUKTM) yang menawarkan program di peringkat diploma dan Politeknik
menawarkan program di peringkat diploma dan sijil.
Contoh pekerjaan yang sesuai
adalah seperti Jurutera (Mekanikal, Perkapalan, Automotif dll.)
Suka bekerja dengan objek,
perkakasan, lebih suka bekerja di luar dari di dalam bangunan.*
1.10.2 Kejuruteraan Awam
Kolej Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia yang menawarkan program Matrikulasi Sains Fizik, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan program diperingkat Diploma dan Ijazah,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan program di peringkat
Matrikulasi Kejuruteraan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan
Malaysia (KUKTM) yang menawarkan program di peringkat diploma dan Politeknik
menawarkan program di peringkat diploma dan sijil.
Contoh pekerjaan yang sesuai
adalah seperti Jurutera (Awam, Lebuhraya, Juru Ukur Bahan dll.)
Suka bekerja dengan objek,
perkakasan, lebih suka bekarja di luar dari di dalam bangunan*
1.10.3 Kejuruteraan Elektrik
Kolej Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia yang menawarkan program Metrikulasi Sains Fizik, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan program diperingkat Diploma dan Ijazah,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan program di peringkat
Matrikulasi Kejuruteraan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan
Malaysia (KUKTM) yang menawarkan program di peringkat diploma dan Politeknik
menawarkan program di peringkat diploma dan sijil.
Contoh pekerjaan yang sesuai
adalah seperti Jurutera (Elektrik dan Elektronik dll.)
Suka bekerja dengan objek,
perkakasan, lebih suka bekarja di luar dari di dalam bangunan.*
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|