SEMETRIK menjadi asas
pembentukan golongan Teknokrat Profesional yang seimbang bagi mengharungi
era globalisasi.
SEMETRIK mengutamakan kecemerlangan
dalam semua bidang. Kecemerlangan ilmu adalah fokus utama yang akan menentukan
masa depan generasi sekarang. Namun kecemerlangan ini tidak bermakna jika
sahsiah, akhlak dan disiplin lemah. Dengan itu SEMETRIK berusaha membentuk
sahsiah dan disiplin yang cemerlang melalui pendidikan formal dan aktiviti
kokurikulum bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara
Menyediakan persekitaran
sekolah yang unggul bagi melahirkan Teknokrat dan Profesional yang seimbang
bagi mengharungi wawasan negara.
-
Membentuk dan melahirkan warga
sekolah yang bersatu padu dan mempunyai matlamat yang dikongsi bersama
selaras dengan FPN, wawasan pendidikan dan wawasan Negara.
-
Memberi perhatian dan membantu
menggilap potensi yang terdapat dalam setiap individu disamping menerapkan
nilai kecemerlangan.
-
Membina sahsiah yang unggul
, melalui usaha – usaha pemupukan akhlak yang mulia bersesuaian dengan
wawasan Negara.
-
Membantu Negara untuk mewujudkan
masyarakat saintfik dan progresif yang sentiasa menjadi penyumbang kepada
tamadun saintfik dan teknologi masa depan.
-
Untuk memupuk semangat dan tabiat
berusaha yang berterusan sebagai teras untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik dan kokurikulum.
-
Untuk mewujudkan masyarakat
Malaysia yang berakhlak mulia dengan pegangan agama yang kukuh.
-
Untuk membimbing anak – anak
didik supaya dapat memilik kerjaya yang bersesuaian dengan bakat, cita
– cita dan kebolehan mereka untuk mendapat taraf hidup yang lebih baik
-
Untuk mendorong anak didik menghayati
budaya mencinta ilmu sepanjang hayat melalui tabiat suka membaca
-
Untuk melahirkan anak didik
yang mencintai dan menghargai sekolah sebagai tempat untuk meningkatkan
martabat bangsa Malaysia
Bagi merealisasikan objektif
sekolah tahun 2009, kami bertekad dan berazam untuk:
-
Mencapai 100% lulus di peringkat
SPM dalam kesemua 13 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Matematik, Fizik,
Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik serta Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.
-
Meningkatkan kualiti pencapaian
pelajar dalam SPM dengan pencapaian sekurang – kurangnya seorang
memperolehi 10A.
-
Meningkatkan prestasi sukan
dan kokurikulum dalam sebarang pertandingan dengan menjuarai sekurang-kurangnya
5 acara , juga 5 pelajar/pasukan mewakili daerah ke peringkat negeri dan
2 pelajar/pasukan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
-
Menjuarai pertandingan 3 unit
Beruniform di Peringkat Daerah, 2 di Peringkat Negeri dan 1 di Peringkat
Kebangsaan.
-
Meningkatkan kualiti kerja pendidik
dan staf sokongan melalui Program Pembangunan Staf dan Penyeliaan Terancang
sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
-
Mengurangkan salah laku disiplin
ke tahap 5%, vandalisme pada tahap 1% dan sifar rokok dalam kalangan pelajar.
Melahirkan tenaga
profesional dalam bidang kejuruteraan yang tekun, bertakwa, berketrampilan
dan berdaya saing, seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek serta
mahir ICT berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
-
Semua pelajar perlu tinggal
di asrama sekolah.
-
Meningkatkan kualiti proses
P&P, Kokurikulum dan sahsiah diri pelajar.
-
Melahirkan pelajar yang cemerlang
dari segi akademik dan sahsiah diri.
-
Mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang ceria, kondusif dan selamat (3K).
-
Meningkatkan program motivasi
dan kebajikan warga sekolah.
-
Meningkatkan tahap profesionalisme
semua warga sekolah.
-
Pelajar yang tidak berdisiplin
tidak dibenarkan mewakili sekolah .
-
Menyertai semua pertandingan
yang dianjurkan oleh Kementerian dan jabatan serta mencapai kejayaan.
-
Menghasilkan suatu inovasi yang
berasaskan P&P bagi setiap bidang yang dapat mengangkat nama sekolah
di peringkat daerah, negeri dan kementerian.
-
Mewujudkan suasana kekitaan
dan sayangkan sekolah di kalangan warga sekolah
[ Kembali
Ke Halaman Utama ]
|