Assalamualaikum
w.b.t dan salam sejahtera…
Selamat datang ke laman web
Sekolah Menengah Teknik Gerik (SEMETRIK), Perak.
Saya memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah dan mengalu-alukan pembinaan laman web Sekolah
Menengah Teknik Gerik. Dengan adanya laman web ini, SEMETRIK telah
mengorak satu lagi langkah ke hadapan seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat masa kini.
Laman ini adalah himpunan
maklumat, peristiwa dan berita SEMETRIK - dulu dan kini. Ini adalah salah
satu upaya SEMETRIK bagi memperkenalkan sekolah kami kepada pengunjung
dan penjelajah alam siber ini.
Laman ini dibangunkan atas
dasar menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membawa pendidikan
di Malaysia bertaraf antarabangsa. Perletakan maklumat sesebuah sekolah
di laman web adalah salah satu agenda tersirat seruan tersebut.
Satu yang sudah pasti, laman
ini boleh dimanfaatkan oleh semua warga pendidik di seluruh negara
, bagi mengangkat kualiti dan martabat pendidikan ke suatu tahap yang amat
cemerlang, melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan.
Saya berharap, semoga komunikasi,
interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat
dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga
ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan
kehadiran anda semua.
Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menjayakan
Selamat menjelajah….sekian.Wassalam.
(RAHIM
B. SHAMSUDIN)
Pengetua,
Sek.Men.Teknik
Gerik,